kami yang bernama....

assalamualaikum... & selamat sejahtera... syukur alhamdulillah dapat juga kami menghasilkan blog pertama kumpulan kami... sempena dengan seruan kerajaan menggayakan pendidikan ala ict, kami menggunakan pendekatan secara blog agar anda dapat menikmatinya...hehe kami terdiri dari 3 orang, 1 malaysia, hehe... 2 orang melayu dan seorang india.. jadi tambah tolak bahagi darab, jadi lah pelbagai bahasa kami...hehehe emmm.... tujuan kami adalah untuk membantu anda mengenali matematik dengan lebih dekat.. ramai yang berpendapat matematik ni susah..jadi jangan bimbang, kami akan mengajar anda untuk menyukainya..hehehe bersempena dengan tugasan projek kami, kami bersepakat untuk menceriakan lagi kehidupan anda dengan matematik.... mari2 jangan malu2 layari blog kami, pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan..semoga anda semua terhibur....

Friday, January 15, 2010

abakus

ABACUS TECHNIQUES

The following techniques are Japanese and use a modern 1:4 bead Japanese soroban. I love Japanese soroban and it is the style of abacus I most often use. Collecting them has become a passion. Many soroban are beautifully crafted and wonderful to look at; especially the older ones. Some of the soroban in my collection have been signed by the craftsmen who made them and I love the way they work and feel. Some of them have been signed by their original owners. Each has its own history.

However, for some people the soroban may not be the instrument of choice. As already mentioned the Chinese have their own version of the abacus, a 2:5 bead suan pan. There are those who prefer to use a Chinese instrument because it has a larger frame and larger beads allowing for larger fingers. It really doesn't matter which instrument you use. The procedures are virtually the same for both and these methods are well suited to either instrument.

The Japanese Soroban

13 rod soroban - heaven beads worth 5; earth beads worth 1

Fig.1

A soroban is made up of a frame with vertical rods on which beads move up and down. Dividing the upper and lower portion of the soroban is a horizontal bar called abeam or reckoning bar.


Simple addition & subtraction

When using a soroban to solve problems of addition and subtraction, the process can often be quite straightforward and easy to understand. In each of the six examples below beads are either added or subtracted as needed.

Simple Addition

1a gif 2a gif 3a gif


Simple Subtraction

1s gif 2s gif 3s gif

apa itu Abakus?????


Bermula di negeri China dan dikenali dengan nama abakus atau cipoa. Digunakan untuk membuat penambahan dan penolakan dan terdiri daripada beberapa biji bebola kayu yang boleh digerakkan.

Sempoa atau juga dikenali sebagai Abakus merupakan alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik. Seringnya, ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Penggunanya menggelangsar pembilang secara insani pada batang-batang atau alur-alur. Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum penerimagunaansistem angka Hindu-Arab tertulis dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani di China, Jepun,Afrika dan negara-negara yang lain.

Sempoa pertama hampir pasti berasaskan batu rata yang dilitupi dengan pasir atau habuk. Perkataan-perkataan dan huruf-huruf ditulis pada pasir. Nombor-nombor kemudian ditambah,[1] dengan batu-batu kerakal dipergunakan untuk membantu penghitungan.

Orang-orang Babylonia menggunakan sempoa habuk seawal 2400 SM.[2] Bagaimanapun, asal sempoa dengan benang masih kabur, tetapi India, Mesopotamia atau Mesir dipercayai merupakan tempat asal yang mungkin,[3] dengan China memainkan peranan yang penting dalam pengembangan sempoa. Daripada sempoa-sempoa ini, berbagai-bagai sempoa telah dikembangkan, dengan yang paling popular berdasarkan sistem dwiperlimaan yang mempergunakan gabungan yang terdiri daripada dua asas (asas-2 dan asas-5) untuk mewakili nombor-nombor perpuluhan. Bagaimanapun, sempoa terawal yang digunakan di Mesopotamiadan kemudian oleh para katib di Mesir dan Yunani menggunakan nombor perenampuluhan yang diwakili oleh faktor-faktor 5, 2, 3, dan 2 bagi setiap digit.

Penggunaan istilah "abacus" (dari bahasa Inggeris) bermula sebelum tahun 1387 apabila karya-karya bahasa Inggeris Pertengahan meminjam perkataan Latin untuk menghuraikan sempoa papan pasir. Perkataan Latin datangnya daripada perkataan abakos, bentuk genitif bahasa Yunani untuk abax ("meja hitung"). Oleh sebab abax juga membawa pengertian "meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan untuk melukis bentuk geometri", sesetengah ahli linguistik meneka bahawa perkataan Yunani berasal daripada kata akar Semitik, ābāq(disebut "a-vak"), perkataan Ibrani untuk "habuk". Oleh sebab perincian tentang penghantarannya adalah kabur, istilah "abakus" juga mungkin berasal daripada perkataan Phoenicia, abak, yang membawa pengertian "pasir".

Monday, January 11, 2010

pemfaktoran

anda mungkin pernah dengar mengenai pemfaktoran. sebenarnya ia merupakan asas dalam matematik kerana ia hanya melibatkan penggunaan sifir matematik yang asas iaitu bermula sifir satu hingga sifir12...

jadi, anda fikir matematik itu susah?? sebenarnya ia tidaklah begitu susah...anda hanya perlu mengetahui tips bagi menjalankan langkah2 pengiraan/cara kerja..dengan itu, kami akan menunjukkan kepada anda tips bagaimana hendak menjalankan operasi pemfaktoran ini.. ENJOY!!

Sunday, January 10, 2010

mari kita kenal dulu matematik..


Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, danChina Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.


ETIMOLOGI

Perkataan "matematik" dipinjam daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "mathematics" sebenarnya berasal dari Yunani μάθημα (máthēma), yang bermaksud mempelajari, menimba,sains, dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal bermaksud "bidang matematik", walaupun dalam zaman klasik. Kata adjektifnya adalah μαθηματικός (mathēmatikós), berhubung dengan pembelajaran, atau dipelajari, yang maksudnya lebih bermaksud mathematikal. Dalam perkara tertentu, μαθηματικὴ τέχνη (mathēmatikḗ tékhnē), dalam bahasa Latin ars mathematica, bermaksud seni matematik.


SEJARAH MATEMATIK


Proses evolusi matematik boleh dilihat sebagai satu penambahan berterusan siri-siri pengabstrakan, atau satu pengembangan isi. Pengabstrakan pertama yang dikongsi oleh banyak haiwan,[3] berkemungkinan adalah nombor; contohnya kesedaran yang dua epal dan dua oren mempunyai satu persamaan.

Selain pengetahuan membilang objek fizikal, manusia prasejarah juga mengetahui bagaimana untuk membilang kuantiti abstrak seperti masa - hari,musim, tahun.[4] dan diikuti dengan kebolehan aritmetik permulaan seperti ( penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian).

Angka direkodkan dalam pelbagai sistem seperti kayu pengira ataupun untaian bersimpul yang dikenali sebagai quipu yang digunakan oleh orang Inca. Terdapat banyak jenis sistem angka terawal, dan angka bertulis pertama yang diketahui, dicatatkan oleh orang Mesir purba. Tamadun Lembah Industelah membangunkan sistem perpuluhan moden yang pertama, termasuk konsep kosong.

Matematik pada mulanya digunakan dalam perdagangan, pengukuran tanah, corak tenunan dan lukisan dan untuk merekodkan masa. Ilmu ini menjadi semakin maju selepas 3000SM apabila orang Babylon dan Mesir Purba mula menggunakan aritmetik, algebra asas dan geometri untuk cukai dan lain-lain pengiraan kewangan, pembinaan danastronomi.[5] Pengkajian matematik secara sistematik telah dimulakan oleh orang Yunani Purba antara tahun 600 dan 300SM.

Semenjak itu, ilmu matematik berkembang dengan pesat dan terdapat juga interaksi yang bermanfaat antara matematik dan sains yang memberikan faedah kepada keduanya. Penemuan-penemuan terbaru dalam matematik berlaku sepanjang sejarah manusia dan proses in berterusan sehingga hari ini. Menurut Mikhail B. Sevryuk, dalamBulletin of the American Mathematical Society isu Januari 2006, '"Jumlah kertas kerja dan buku yang ada dalam pangkalan data Mathematical Reviewssejak 1940 (tahun pertama operasi MR) adalah melebihi 1.9 juta, dan lebih 75 ribu item ditambah ke dalam pangkalan data setiap tahun. Majoriti besar hasil kerja dalam pangkalan data ini mengandungi teorem matematik yang baru dan bukti-buktinya."[6]


matematik oh matematik...


sekian kalinya, kita lihat ramai juga pelajar mengeluh mengenai kesukaran memahami apa yang mereka pelajari didalam kelas.. ini mungkin kerana masa yang suntuk dan silibus yang banyak. jadi guru lebih cenderung untuk mengajar dengan pantas tanpa menyedari bahawa terdapat murid yang bermasalah dalam berimaginasi atau menghubungkaitkan matematik dengan kehidupan seharian mereka. oleh itu, apabila mereka terus ketinggalan, maka hilanglah minat mereka terhadap subjek matematik.. oleh itu kami berharap dengan penubuhan blog ini dapat membantu pelajar dalam memperkasakan subjek matematik dan mengenali apakah matematik...

Wednesday, January 6, 2010

kami yang bernama.....

nama > siti fatimah binti zulkifli
matrik > A119147



nama > Nor Amalina bt Zawawi
matrik > A120256



nama > Revathi nair a/p manimohan
matrik > A120100